Biskut

Resepi Biskut Oat

resepi-biskut-oat

Resepi Biskut Oat 

Bahan-Bahan;

Bahan A

  • 250gm mentega
  • 220gm gula pasir
  • 200gm gula perang
  • 2 biji telur
  • 1 tsp vanila

Bahan B

  • 250gm tepung red rose
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil garam halus

Bahan C

  • 200gm oatmeal
  • 200gm chocolate chips
  • 100gm chocolate masakan – dicincang kasar
  • 100gm almond nibs – dibakar
  • 50gm walnuts – dibakar

Cara Membuat:

1. Bahan A, pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur satu
persatu dan vanila. Putar hingga bergaul rata.

2. Ayak bahan B didalam mangkuk, kemudian satukan bersama bahan C, gaul
hingga rata. Kemudian gaulkan dengan bahan A hingga menjadi doh.

3. Sudukan ke dalam loyang pembakar yang telah digris terlebih dahulu. Bakar
pada suhu 160C selama 20 minit atau hingga masak.

SONY DSC