Ayam

Resepi Kaki Ayam Kicap Chinese Style

resepi-kaki-ayam-kicap-chinese-style

Resepi Kaki Ayam Kicap Chinese Style

Setiap Raya Cina, ini ialah salah satu lauk wajib family hakak.

Warning: Hati-hati apabila menggoreng kaki ayam/ceker, sebab minyak akan meletup-letup merata.

Bahan-Bahan:

  • 700 gram kaki/ceker ayam
  • 200 gram cendawan shiitake

Cara Buat:

1. Goreng ceker dengan minyak yang banyak, tutup periuk. Tutup api apabila ceker sudah bewarna kecoklatan. Biarkan seketika baru angkat ceker.

2. Masukkan ceker ke dalam periuk dan tuang air sejuk dari dalam peti, diamkan selama 30 minit. Kemudian rebus ceker hingga betul-betul lembut (1 jam lebih). Angkat dan toskan.

Bahan Kisar:

  • 3 bawang merah
  • 2 bawang putih
  • 1 cm halia

Bahan Tumis:

  • 8 tangkai cili kering, potong 2
  • 2 inci kayu manis
  • 1 bunga lawang

Bahan Sos:

  • 2 sdm dark soy sauce
  • 4 sdm kicap manis
  • 2 sdm oyster sos
  • sedikit lada putih
  • 1 sdm minyak bijan

Cara Buat:

1. Tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan bahan tumis. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan bahan sos kecuali minyak bijan.

2. Tambahkan 3 cawan air, masukkan ceker ayam dan cendawan. Masukkan bahan perasa (gula, garam, seasoning dan lada putih) masak hingga air agak mengering.

3. Masukkan minyak bijan, kacau rata. Hiaskan dengan daun bawang. Siap untuk dihidangkan!.

Resepi Kaki Ayam Kicap Chinese Style

Resepi Oleh: Kuali Helena