Resepi Bihun Goreng Putih Dengan Isi Ayam

Resepi Bihun Goreng Putih Dengan Isi Ayam

Bahan-Bahan:

  • sebungkus bihun (rendam air biasa 1/2 jam, toskan)⁣
  • 1 biji bawang besar⁣
  • 4 ulas bawang putih ⁣
  • 1 sudu udang kering⁣
  • 1 biji lada hijau⁣
  • 2 cili api⁣
  • air secukupnya ⁣
  • minyak masak ⁣
  • ayam hiris, hati dan pedal ⁣
  • 2 biji telur⁣
  • sos ikan secukup rasa ⁣
  • 1 paket Serbuk Nasi Goreng Ayam Adabi ⁣
  • 1 sk cuka
  • gula secukup rasa ⁣
  • 1 pokok sawi hijau⁣
  • capsicum merah dan kuning (hiris)⁣
  • 1 pokok daun bawang

Cara Memasak:

1. Kisar bebawang, udang kering, lada hijau dan cili api dengan sedikit air sampai lumat.

2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan kacau sampai garing. ⁣ Masukkan ayam. Kacau sampai ayam hampir masak. Tambah telurr.

3. Biar sekejap, kacau perlahan dan kacau lagi sampai semua sekata. Masukkan air secukupnya. Perasakan dengan sos ikan, serbuk nasi goreng ayam, cuka dan gula. Kacau sampai mendidih.

4. Tambah sawi dan bihun yang ditoskan. Kacau rata sampai bihun lembut dan masak sekata. Masukkan capsicum dan daun bawang. Kacau sekejap dan tutup api. Siap. Moh makan!⁣ .

Resepi Bihun Goreng Putih Dengan Isi Ayam

Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo