Daging, Nasi

Resepi Nasi Goreng Kambing

resepi-nasi-goreng-kambing

Resepi Nasi Goreng Kambing

Tak tahu nak terangkan macam mana, kalau dah cuba baru tahu, comfirm nak lagi dan lagi.

Bahan-Bahan: 3-4 orang makan

  • Nasi 3 cawan (diperoi)
  • Daging kambing 200gram (dipotong dan direbus)
  • Sayur sawi (agak-agak)
  • Telur 3 biji
  • Bawang putih 3 ulas (dihiris)
  • Bawang merah 3 biji (dihiris)
  • Cili merah 1 biji (dihiris)
  • Cili kisar 3 sudu besar rata
  • Serbuk perasa 1 sudu besar
  • Serbuk belacan 1 sudu kecil
  • Sos ikan 2 sudu besar
  • Kicap manis ABC 2 atau 3 sudu besar

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah, masak sedikit garing.

2. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak. Masukkan telur (pecahkan di dalam kuali) masak sehingga hancur dan sedikit garing.

3. Masukkan daging kambing, serbuk perasa dan serbuk belacan. Kemudian, gaulkan seketika.

4. Masukkan nasi, sayur sawi, cili merah, sos ikan dan kicap manis ABC. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati. Siap untuk dihidang.

Selamat menjamu selera.

Resepi Nasi Goreng Kambing

Resepi Oleh: Nurul Ateekah