Resepi Puding Roti Coklat Sos Creamy
Bahan-Bahan:
- 2 kotak kecil susu coklat
- 2 biji telur gred c
- 1 bungkus roti coklat kismis
Cara Membuat:
1. Penyek roti dulu dalam dulang, kami lapik baking paper senang nak handle, nak bawak keluaq ka apa, tarik baking paper tu jaa.
2. Hampa pukul 2 biji telur + 2 kotak susu coklat tu dengan apa pon buleh aih, janji dia sebati semua pastu tuang atas roti dipenyek tadi. Biaq sat tak pa, biaq roti tu semua terendam kembang dalam susu yang dicurahkan.
3. Hampa bakaq dalam oven yang hampa dah panaskan dulu dalam 10 minit suhu 180c. Lepas dah panaskan oven baru hampa bawak masuk bahan yang dah ready, bakar dalam 30 minit suhu 180c
4. Macam mana hampa nak tau dah masak, susu atas tu keras gitu, bau pon semerbak dah, cucuk pi dengan lidi tengok melekat ke dak pon buleh. Dah lepas bakaq, bagi sejuk, pastu masuk peti ais.
Bahan Sos Creamy:
- 1 tin susu cair
- 1 tin air hampa sukat dalam tin yang sama
- 1/2 sudu tepung jagung
- 1 sudu tepung kastard
- 5 sudu gula
Cara Buat: Bukak api perlahan ja kacau sampai kental, dah siap hampa bagi sejuk dulu buh dalam peti ais. Pastu boleh curahkan atas puding roti tadi.
Resepi Oleh: Munirah Jasamai