Resepi Bihun Goreng Kicap Seafood
Bahan-Bahan:
- 400gram bihun kering
- Taugeh
- Lobak merah (dihiris)
- Bawang besar 1 biji (dihiris)
- Bawang putih 6 ulas (dikatok)
- Telur ayam 3 biji
- Sotong
- Udang
- Serbuk perasa
- Garam jika perlu
- Minyak masak secukupnya
Bahan Sos:
- Kicap Manis (cap kipas udang) 8 sudu besar
- Kicap pekat ABC 3 sudu besar
- Sos tiram 3 sudu besar
- Sos tomato 3 sudu besar
- Sos cili 3 sudu besar
- Sos ikan 2 sudu besar
+ Anggaran agak-agak ikut Citarasa masing-masing. Boleh tambah cili kisar jika mahu.
Cara Memasak:
1. Rendam bihun sehingga agak lembut (saya guna jenama supermarket Giant). Apabila Sudah lembut, toskan bihun dan ketepikan dahulu.
2. Panaskan minyak masak secukupnya, goreng telur dan masakkan telur menjadi hancur. Apabila Sudah sedikit garing, angkat dan ketepikan.
3. Mengunakan minyak yang sama, tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga keperangan.
4. Kemudian, masukkan kesemua bahan-bahan sos, serbuk perasa dan gaul sebati. Setelah itu, masukkan udang dan sotong, masak seketika.
5. Akhir sekali, masukkan bihun yang telah direndam tadi, lobak merah dan taugeh. Gaul sehingg rata dan tutup api. Siap dihidang.
Resepi Oleh: Nurul Ateekah