
Cara Buat Ayam Masak Merah Utara
Antara menu kegemaran kami sekeluarga ialah ayam masak merah ala utara. Ayamnya yang digoreng serta kuahnya yang pekat amat sedap dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak dan sebagainya.
Bahan-Bahan:
- 1 Ekor Ayam (Potong 16) – Garam Kunyit Goreng 1/4 masak ja dan ketepikan jangan garing nanti keras dan tak sedap.
Bahan Tumis:
- 4 Sekawan – Kayu Manis 2, Bunga Lawang 6, Bunga Cengkih 2, Buah Pelaga 6
- 2 Helai Daun Pandan (Ikat)
Bahan Blend: (Gandakan kalau Ayam 2,3 ekor)
- 4 Biji Bawang Besar
- 4 Ulas Bawang Putih
- 4 Batang Serai – Racik
- 3 inc halia
- 4 Biji Cili Besaq
- 2 batang Carrot.
- 1 cawan cili kisar
- 1/2 cawan sos cili
- 1 tin susu cair ideal
- 1 biji bawang holand – Potong bulat
- 1 Biji Tomato Potong 8
- Daun Sup/Daun Bawang – Potong 1 inc – Hiasan
- Bawang Goreng – Hiasan
- KacaNg Peas – 1 tin kecil
- 1 sudu kecil – asam jawa paste
- 5 sudu besaq gula
- 2 sudu kecil garam
- 2 kiub ayam/cukup rasa
- Aji (suka hati hangpa kalau nak buh pun takpa)
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak (bekAs Goreng Ayam) masukan 4 sekawan, dan daun pandan. Bila dah naik bau, masukan bahan blend, cili kisar dan sos cili. Masak sampai pecah minyak, api tak payah kalut besaq-besaq.
2. Seterusnya, masukan gula, garam, kiub ayam, asam jawa dan cukup rasa. Rasa (bila dah cukup semua) masukan susu dan ayam. Gaul bagi rata dan masukan bawang potong bulat, tomato, serta kacang peas.
3. Bila bahan dah mendidih tutup api, taburkan bawang goreng, daun sup/daun bawang dan cili besaq. Siap untuk dihidangkan bersama nasi tomato, nasi minyak, atau biryani.
Resepi Oleh: Asmiera Cik As