Kuih Muih

Resepi Masalodeh Rangup Di Luar Gebu Di Dalam

resepi-masalodeh-rangup-di-luar-gebu-di-dalam

Resepi Masalodeh Rangup Di Luar Gebu Di Dalam

Bahan-Bahan:

  • 2 cwn kacang dhal – direndam semalaman atau sekurangnya 4 jam
  • 1 labu bawang besar – dihiris nipis
  • 5 tangkai cili kering – dihiris halus
  • 3 tangkai daun kari – diracik
  • 1 biji cili hijau (jika suka) – dihiris
  • 1 biji cilimerah (jika suka) – dihiris
  • 1 1/2 sudu besar jintan manis – ditumbuk
  • 1 sudu teh garam halus atau secukupnya
  • 1/2 sudu teh gula
  • sedikit serbuk perasa – jika suka

Cara Membuat:

1. Kacang dhal ditapis. Kemudian kisar guna blender tambah sedikit air, kisar hancur. Jika ada sikit-sikit tak hancur tak ada masalah. Jika suka ada dhal biji simpan sikit jangan blend semua.

2. Selepas kisar tapiskan dan biarkan sebentar untuk asingkan lebihan air. Kemudian letak di dalam bekas. Selepas itu masukkan semua bahan di atas, gaul sebati.

3. Panaskan minyak, ambil sejemput bancuhan dhal tak besar sangat tak kecil sangat, bulatkan dan leperkan sedikit di atas tapak tangan, terus masukkan perlahan-lahan ke dalam kuali.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Bingka Labu Air Fryer

4. Guna minyak yang banyak semasa menggoreng dan pastikan betul-betul panas minyaknya untuk elak dari hancur. Setelah itu perlahankan api goreng seperti biasa hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyak.

Resepi Masalodeh Rangup Di Luar Gebu Di Dalam

Resepi Oleh: Nur Masri