Ayam

Cara Buat Ayam Goreng Serai Thai

cara-buat-ayam-goreng-serai-thai

Cara Buat Ayam Goreng Serai Thai

Tak boleh naK berenti makan, yang penting makan bersama sayur kailan belacan dan telur mata lembu ianya sudah mencukupi untuk menikmati kesedapanya.

Bahan-Bahan:

  • 500 gram isi ayam dipotong kecil (dicuci bersih)
  • 2 batang serai (dipotong 2 cm dan ditumbuk hancur mengunakan lesung batu)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 5 helai daun limau purut dihiris

Bahan Ditumbuk/Dikisar Halus Tanpa Air:

  • 2 pokok akar ketumbar
  • 2 sudu besar lada hitam
  • 5 ulas bawang putih

Cara Membuat:

1. Sediakan mangkuk atau bekas, masukkan ayam dan kesemua bahan (KECUALI DAUN LIMAU PURUT),serta bahan yang dikisar halus. Gaul sebati dan perapkan paling kurang selama 30 minit.

2. Panaskan minyak, agak-agak boleh tenggelamKan ayam apabila digoreng nanti. Masukkan ayam dalam kuali panas dan goreng sehingga keperangan.

3. Apabila ayam sudah masak, angkat dan masukkan ke dalam bekas serta taburkan daun limau purut yang telah dihiris tadi. Ratakan ayam bersama daun limau purut dan siap untuk dihidang.

Cara Buat Ayam Goreng Serai Thai

Resepi Oleh: Nurul Ateekah