Ayam Goreng Tepung Rangup Resepi Peniaga Pasar Malam
Sejak berkahwin dengan suami yang sangat sukakan ayam goreng, saya pun turut terpengaruh sukakan ayam goreng. Bukan apa, suami bukan saja suka makan ayam goreng tapi juga suka menggorengnya. Jadinya kerja menggoreng ayam akan saya serahkan kepada suami.
Di sini saya kongsikan cara penyediaan dan cara menggoreng ayam yang suami biasa amalkan berdasarkan pengalamannya menjadi pembantu ayahnya menjual ayam goreng di pasar malam. Hasilnya insya-Allah ayam goreng akan jadi rangup, sedap dan juicy ala-ala ayam goreng original kfc.
Cara Penyediaan:
- Potong dan bersihkan ayam.
- Sediakan air garam dengan nisbah 1 sudu besar garam : 500 ml air.
- Rendam ayam dalam air garam selama 15 ke 20 minit.
- Tuskan air garam
- Sediakan tepung goreng yang kering dengan jumlah yang bersesuaian.
- Gaul ayam dengan tepung kering tersebut
- Perap sekurang-kurangnya 5 minit.
- Gaul sekali lagi dengan tepung kering satu persatu sebelum dimasukkan ke dalam kuali.
- Goreng dalam minyak yang banyak (deep fry) dan benar-benar panas supaya tepung melekat elok pada ayam.
Cara Menggoreng:
- Waktu letakkan ayam, pastikan minyak benar-benar panas dan api paling kuat.
- Selepas 30 saat (apabila tepung sudah mengeras), perlahankan api separuh.
- Paling-palingkan ayam setiap 5 minit untuk tempoh 10 minit. (Jika ayam banyak, mungkin mengambil tempoh masa 15 minit). Jika goreng di dalam periuk, hanya kacau-kacaukan sahaja.
- Seminit sebelum diangkat, kuatkan api semula seperti mula-mula diletakkan ayam.
- Tutup api selepas semua ayam telah diangkat.
Selamat mencuba.
Kami gunakan tepung goreng yang kami buat sendiri di rumah menggunakan resepi asli ayah kami yang meniaga ayam goreng di pasar malam pada tahun 1992-2007 sekitar Jengka, Maran dan Temerloh. Sesiapa yang biasa ke pasar malam pada zaman itu di kawasan tersebut pasti akan kenal dengan ayam goreng pakcik Bahari.
Kami mengambil inisiatif untuk memasarkan tepung goreng ini agar lebih ramai lagi orang yang dapat merasai keenakannya dengan menggunakannya sendiri di rumah. Tidak perlu tambah apa-apa lagi, sudah secukup rasa. Sangat memudahkan.
Jika ingin mencuba, tepung goreng yang kami namakan Tepung Goreng Ayam Sri Cendana ini boleh dibeli di Shopee >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Ami Farhani