snek, Snek

Resepi Waffle Lembut Di Dalam Rangup Di Luar

resepi-waffle-lembut-di-dalam-rangup-di-luar

Resepi Waffle Lembut Di Dalam Rangup Di Luar

Abam sharekan resepi waffle Chef Anna Olson yang fluffy, lembut di dalam dan crispy di luar!. Senang, cepat dan mudah jer disediakan.

Bahan Kering:

  • 1 1/2 cwn tepung serbaguna (abam pakai tepung gandum jer)
  • 1 sk gula
  • 3 sk baking powder
  • 1/2 sk garam

+ Sukatan untuk cawan abam pakai cawan metrik ya.

Bahan Basah:

  • 1 1/4 cwn buttermilk – Untuk buat buttermilk, gunakan 1 1/4 cawan full cream milk (abam pakai brand dutch lady) + 1 sk jus lemon (nak pakai cuka pun boleh)
  • 1/2 cwn minyak (abam pkai minyak jagung)
  • 2 biji telur (gred A) – Asingkan putih dan kuning telur

Cara Membuatnya:

1. Gaulkan semua bahan kering di dalam bekas. Campurkan semua bahan basah di dalam bekas yang lain (kecuali putih telur).

2. Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering, gaulkan sebati. Pukul putih telur sehingga kental.

3. Masukkan putih telur yang telah kental ke dalam adunan batter tadi. Kacau sehingga sebati. Panaskan waffle maker dan bakar waffle sehingga masak.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Cucur Udang Rangup

4. Hiaskan bersama buah-buahan segar seperti strawberi, cream, nutella, butter dan madu (ikut citarasa sendiri). Siap dan sedia untuk dimakan!.

Semoga bermanfaat & selamat mencuba guys!

Resepi Waffle Lembut Di Dalam Rangup Di Luar

Resepi Oleh: Khairul Hasrol