Resepi Asam Pedas Melaka Kuah Pekat Memang Sedap

Resepi Asam Pedas Melaka Kuah Pekat Memang Sedap

Hari ni buat permintaan adik-adik nak makan. Bertambah tambah tu. Memang sedap sangatlah kuahnya tu, srupp srupp hirup tak boleh stop.

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ikan patin – dipotong
  • 1 biji tomato – belah empat
  • 7 biji kacang bendi atau terung (ikut citarasa)
  • 2 batang serai – diketuk
  • 4 tangkai daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1/2 sudu kecil halba
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
  • 1 liter air – boleh agak sendiri
  • 1/2 cawan minyak masak – untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Dikisar:

  • 1 paket asam pedas adabi
  • 5 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 ketul kunyit hidup
  • 1 inci belacan
  • 1/2 sudu kecil lada hitam

Cara Membuat:

1. Bersihkan ikan, gaul bersama garam dan serbuk kunyit goreng hingga masak, yang ni cara saya jika guna ikan patin.

2. Satukan bahan kisar dan kisar halus, panaskan minyak masak tumis halba dahulu kemudian masukkan bahan kisar dan serai tumis hingga pecah minyak.

3. Masukkan pes asam pedas adabi kacau dan tumiskan sebentar kemudian tuang air secukupnya. Masukkan daun kesum, bunga kantan, kacang bendi dan air asam jawa masak hingga mendidih.

4. Perasakan secukup rasa dengan garam dan gula. Masukkan ikan dan tomato biarkan masak mendidih sekali lagi, tutup api siap.

Nota: Selain dari ikan patin boleh je guna ikan yang korang suka.

Guna Pes Asam Pedas Melaka Ni Pun Sedap Juga >> KLIK DI SINI

Resepi Asam Pedas Melaka Kuah Pekat Memang Sedap

Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish