Resepi Ayam Madu Perap Guna Bahan Mudah

Resepi Ayam Madu Perap Guna Bahan Mudah

Confirm jadi dan sedap. Dijamin ringkass, mudah, and bahan bajet, kebanyakan bahan dah ada di rumah.

Bahan-Bahan:

  • Ayam 1 ekor
  • Serbuk cili 1 paket kecil
  • Sos cili 3 sudu makan
  • Kicap pekat 2 sudu makan
  • Serbuk hilal 1 sudu makan
  • Gula (saya guna brown sugar) 3-4 sudu makan, function untuk caramelized kan ayam
  • Garam 2 sudu kecil
  • Sos tiram 1 sudu makan
  • Madu 5 sudu makan
  • Bawang merah 4 ulas, bawang putih 4 ulas
  • Minyak 1 sudu untuk kisar

Cara Membuat:

1. Kisar semua bahan di atas kecuali ayam. Lepas kisar, asingkan sos perapan dua bahagian. Satu lagi untuk perap ayam, satu untuk tumis dan jadikan pes pekat.

2. Gaul mesra ayam dengan kuah perapan. Perap sekurang-kurangnya 3 jam. Lepas perap, boleh goreng atau bakar terpulang. Nak guna AF, nak guna kuali, nak guna magic pan pun boleh.

3. Satu bahagian sos ditumis dengan minyak, masak sampai pekat. Siap. Lepas dah bakar, korang boleh tuang sos pekat, tabur lah bijan dan daun bawang.

Jom Rasa Sambal Hijau Minang Ni, Memang Sedap Juga >> KLIK DI SINI

Resepi Ayam Madu Perap Guna Bahan Mudah

Resepi Oleh: Fateema Azzahra