
Cara Buat Laksa Penang
Bahan-Bahan:
Ikan selayang/ikan sardin 1kg (actually lagi banyak ikan lagi likat lagi sedap, tapi saya atk suka likat sangat)
Bawang merah 10 ulas (nak pekat tambah lagi)
Cili kering 10 tangkai (nak merah tambah lagi)
Cili besar merah 5 biji (jangan banyak sangat, sebab cili besar merah bau dia tak sedap)
Cili padi 10 biji (depends pada tahap kepedasan anda, nak pedas taruk banyak)
Asam keping 6-7 keping, tapi saya letak 10 keping tadi sebab asam keping saya kecik-kecik jer (kuah laksa penang nie dia nak kena balance rasa masam, masin dan pedas baru sedap)
Daun kesum segenggam/1 ikat
Bunga kantan 2 kuntum (saya taruk 2 kuntum tadi sebab kat pokok ada 2 kuntum tu jer, kalau tak der bunga saya taruk isi kantan yang isi macam lengkuas tu bau sama macam bunga dia, tak mencacatkan rasa pon)
Belacan sedikit (tak suka tak payah letak)
Garam secukup rasa
Perasa secukup rasa
Cara Memasak:
1. Rebus ikan dengan sedikit garam dan asam keping, dah didih matikan api, asingkan isi ikan dan tulang. Tulang ikan jangan dibuang (untuk diblend bersama air untuk ambik air tulang ikan yang manis tu).
2. Blenderkan bawang merah, cili kering, cili besar merah, cili padi dan belacan. Masukkan dalam periuk, nyalakan api dengan api yang kecil. Bagi didih dulu cili tu nak bagi keluar warna cili bagi betul-betul merah. Baru la kuah nampak merah dan cantik dan menggoda selera.
3. Kemudian blenderkan isi ikan then masukkan dalam periuk bahan-bahan cili blend tadi. Kemudian, blenderkan tulang ikan tapis dan ambik air tulang ikan tu masukkan dalam periuk bahan blend tadi.
4. Kalau pekat sangat, boleh blend air tulang ikan tu skali lagi, then masukkan daun kesum, bunga kantan dan asam keping. Besarkan api, bila dah didih masukkan garam dan perasa. Tadaaa…. siap. Cepat dan mudah jer kan?.
Resepi Oleh: Nor Suzana Biliyami