Kuih Muih

Resepi Apam Puri Dengan Inti Kastad

resepi-apam-puri-dengan-inti-kastad

Resepi Apam Puri Dengan Inti Kastad

Apam Puri kiuts. Ada nama lain lagi ke orang panggil kuih ni. Laku keras, sat je dah licin.

Bahan Inti Kastad:

  • 2 cawan fresh milk (nak guna air je pun boleh)
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur A
  • 4 sudu besar tepung kastad
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila – optional
  • Pewarna kuning

Bahan Kulit Apam:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 biji telur A
  • 2 cawan air
  • Pewarna hijau, merah & kuning

Cara Membuat:

1. Untuk buat inti. Satukan semua bahan-bahan di dalam periuk. Kacau sentiasa di atas api sederhana hingga pekat dan meletop-letop. Masukkan ke dalam bekas, tutup permukaan inti dengan plastik wrap supaya tak berkepala atau berkerak.

2. Untuk buat kulit. Satukan semua bahan-bahan di dalam bekas. Kacau dan tapiskan. Bahagikan kepada 3 bahagian dan campur pewarna.

3. Panaskan non stick pan. Tuang satu senduk kecik dan ratakan sedikit. Biar 2-3 minit hingga masak. Angkat dan letak di atas acuan karipap. Letak inti, jangan banyak sangat ye.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Putu Belanda

4. Tutup dan buang lebihannya. Jangan di buang terus, boleh di cicah dengan inti tadi. Kalau tak ada acuan karipap, boleh tekan dengan garfu saja di bahagian tepinya.

Satu adunan ni saya dapat 34 biji apam puri. Bergantung pada saiz yang kita buat. Hidangkan suam-suam atau sejuk dari peti ais.

Resepi Apam Puri Dengan Inti Kastad

resepi Oleh: Nor Al Fatihah