
Resepi Karipap Rangup Dengan Inti Kentang
Bahan-Bahan:
- 1 kg tepung gandum
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan majerin
- 1 cawan air sejuk dari petiais} lebih kurang
- 2 sudu kfc garam masukkan ke dalam air
Cara Membuat Kulit Karipap:
1. Panaskan minyak dan majerin kemudian curahkan ke dalam tepung. Gaul sehingga rata. Kemudian masukkan air dan uli sehingga menjadi doh.
2. Simpan doh di dalam peti ais sekurang-kurangnya 1 jam. Siap untuk digunakan.
Tips: Goreng karipap dengan api yg sederhana supaya kulitnya licin dan rangup
Resepi Inti Kentang
Bahan Inti Karipap:
- 1kg ubi kentang (dipotong dadu, direbus, dan ditos air)
- 1/2 biji bawang besar (dicincang)
- 4 sudu makan serbuk kari
- 8 sudu makan gula (boleh kurang boleh lebih, ikut citarasa)
- sedikit daun kari
- 3 sudu teh garam
- udang
- 1 sudu teh serbuk perasa (tak letak pun boleh)
- Sedikit air
- Minyak untuk menumis
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga bau wangi bawang. Masukkan rempah kari, gula, garam, perasa dan sedikit air.
2. Masukkan ubi kentang dan udang. Kacau hingga kering. Padamkan api dan sejukkan inti. Dah boleh guna nak buat inti karipap.
Resepi Oleh: Noor Baini Bakar