Ayam

Resepi Mudah Ayam Masak Sambal Bali

resepi-mudah-ayam-masak-sambal-bali

Resepi Mudah Ayam Masak Sambal Bali

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam – potong kecil
  • 1 sudu kecil Serbuk Kunyit
  • 4 sudu besar Cili Kering yang sudah diblend – nak pedas tambah lagi
  • 2 sudu besar Kicap Manis – ikut pada selera
  • 2 batang Serai – diketuk
  • 2 @ 3 helai Daun Limau Purut
  • 1 biji Cili Merah – dihiris
  • Garam dan Gula secukup rasa

Bahan Kisar:

  • 2 biji Bawang Besar
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1/2 inci Halia

Cara Memasak:

1. Perapkan ayam dengan garam dan kunyit. Kemudian, gorengkan ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan seketika.

2. Ambil sedikit minyak gorengan ayam tadi untuk menumis. Tumiskan bahan kisar dengan cili kering sehingga pecah minyak. Masukkan serai dan daun limau purut. Tumiskan sehingga naik bau.

3. Masukkan ayam dan gaulkan dengan sambalnya. Perasakan dengan garam dan gula. Tutup kuali dengan penutup biàrkan ayam masak dan sebati dengan sambalnya. Apabila ayam sudah masak taburkan cili.

Resepi Mudah Ayam Masak Sambal Bali

Resepi Oleh: Khadijah Jaafar