Resepi Apam Pisang Mudah Boleh Buat Berniaga
Salam semua, tempoh hari saya ada berkongsi berkenaan jualan saya. Ramai yang bertanya resepi Apam Pisang. Hari ni saya ada masa saya taip resepi. Harap jelas, boleh guna resepi ni untuk makan sendiri atau buat jualan. Sama-sama berkongsi rezeki. Doakan saya kuat, sihat serta jualan saya laris sentiasa.
Apam Pisang 42 biji (lompang kecil)
Tempoh penyediaan 1/2 jam sahaja
Bahan A (dikisar hingga kembang dan berat):
- Telur Gred B 2 biji
- Minyak 1 cawan
- Gula 1 cawan
- Garam sedikit
Bahan B (bahan semua perlu diayak):
- Tepung gandum rose 2 cawan
- Soda bikarbonat 2 sudu teh
- Baking powder 1 sudu teh
Cara Membuat:
1. Campurkan semua bahan A dan B. Masukkan pisang yang dilecek, 1 1/2 cawan (pisang berangan – pisang mesti lecek/tenyeh sahaja jangan blend/kisar ya sebab kita nak urat pisang tu naik).
2. Masukkan dalam piping bag dan masukkan dalam acuan lompang 3/4. Letak hirisan pisang. Jika nak buat flavor chocolate boleh tambah serbuk koko 1/2 cawan serta choc coin yang telah dicairkn 1/2 cawan pada adunan A.
3. Akhir sekali, kukus selama 15 minit. Dilarang buka penutup pengukus pada 10 minit terawal kerana apam sedang naik dengan jayanya. Selamat mencuba.
Boleh Guna Pengukus Elektrik 3 Layer Ni, Mudah dan Cepat! >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Nurul Atikah Abu Hassan