Biskut

Resepi Pandan Gula Melaka Lidah Kucing

resepi-pandan-gula-melaka-lidah-kucing

Resepi Pandan Gula Melaka Lidah Kucing

Lidah kucing pandan gula melaka wangi sedap lemak-lemak kelapa.

Bahan-Bahan:

  • 250 gm mentega
  • 160 gm gula kastor
  • 1 sdt esen vanilla
  • 1/4 sdt emplex
  • 4 biji putih telur A
  • 200 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • 50 gm kelapa kering dimesin halus
  • 2 sdb susu tepung
  • 1 sdt pandan emulco

Hiasan:

  • Gula melaka di parut halus (saya skip sebab manis)
  • Hawaiian coconut

Cara Membuat:

1. Panaskan oven suhu 150c. Sapukan loyang nipis-nipis dengan sedikit mentega. Ketepikan. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung dan emplex.

2. Putar mentega dan gula kastor hingga kembang dan putih. Masukkan putih telur dan putar hingga sebati.

3. Masukkan campuran tepung, kelapa kering mesin, susu tepung, esen vanilla, pandan emulco dan kaup balik hingga rata.

4. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan picitkan adunan ke atas loyang. Tabur coconut hawaiian.

5. Bakar selama 20 minit suhu 160c. Setelah masak sejukkan biskut atas redai dan simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi Pandan Gula Melaka Lidah Kucing

Resepi Oleh: Rozmaliza Omar