Puding

Puding Kastard Roti Dan Jagung Berkrim

puding-kastard-roti-dan-jagung-berkrim

Puding Kastard Roti Dan Jagung Berkrim

Kalau beli jagung krim, kebiasaannya kita akan buat puding kastard jagung kan. Disebabkan dan biasa sangat buat resepi tu, As try pulak buat puding kastard jagung roti ni. Alamak, sedap pulak. Sebekas tu kejap je abis. Rasa lemαk berkrim dan makan sejuk-sejuk memang asyik. Mαnisnya pun secukup rasa. Jadinya, As nak share resepinya ngan kawan-kawan tersayang. Jom semak.

Bahan-Bahan:

  • 3 keping roti putih
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 tin jagung manis
  • 3/4 cawan gula
  • 700ml air
  • 1 pek/10g serbuk agar-agar
  • Pewarna kuning, oren dan hijau

Cara Membuatnya:

1. Gris atau sapu nipis marjerin di dalam bekas acuan pudding. Buang kerak tepi roti. Then, potongkan roti kepada kiub kecil.

2. Blend halus potongan roti, susu cair, telur, tepung kastard, esen vanilla, jagung manis dan gula. Kisar bahan sehingga betul-betul halus.

3. Masakkan air dan serbuk agar-agar. Kerapkan menggacau supaya adunan tidak berketul.

4. Bila agar-agar dah larut, masukkan bahan kisar dan masakkan dengan api yang perlahan. Gaul sehingga adunan menjadi pekat dan mendidih.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Puding Roti Crackers

5. Bahagikan kepada tiga adunan untuk diletakkan pewarna. Adunan dijadikan warna oren, kuning dan hijau.

6. Masukkan adunan yang pertama iaitu yang berwarna oren. Ratakan adunan tersebut di dalam bekas pudding. Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga agar-agar oren sejuk dan keras.

7. Ulang langkah untuk lapisan berwarna kuning dan hijau. Selesai ketiga-tiga lapisan, sejukkann puding dalam masa anggaran 3 jam.

Untuk gambar ni, As buat 2 adunan. Ada lebih sikit adunan tu, as tuang dalam bekas lain pulak. Selamat mencuba uolls. Ajak anak-anak sekali pun best.

Puding Kastard Roti Dan Jagung Berkrim

Resepi Oleh: Asrinna Bakri