Resepi Agar-Agar Cermin Mixed Fruits

Resepi Agar-Agar Cermin Mixed Fruits

Bahan-Bahan:

  • Agar-agar bertali
  • Air (aga-agak)
  • Gula pasir (agak-agak)
  • Gula batu
  • 1 tin longan
  • Buah strawberry (Belah dua)
  • Buah mangga (potong dadu)
  • Buah kiwi (potong bulat)
  • Biji selasih (rendam dengan air panas)

Cara-Caranya:

1. Masak agar-agar dengan air sampai hancur. Sambil-sambil tunggu agar-agar hancur bolehlah sediakan buah-buahan mengikut citarasa.

2. Basahkan dulu loyang atau acuan dengan sedikit air dan ketepikan.

3. Setelah agar-agar hancur, kemudian barulah masukkan gula pasir dan gula batu. Setelah agar-agar dan gula dah betul-betul hancur, masukkan pula air longan tadi dan biarkan agar-agar tadi betul-betul MENDIDIH barulah tutup api.

4. Larutkan dulu sedikit agar-agar tadi ke dalam loyang, taburkan biji selasih dan buah-buahan mengikut citarasa. Biarkan sebentar selama 5 minit barulah masukkan lebihan agar-agar tadi.

5. Biarkan seketika sehingga wap hilang barulah dimasukkan ke dalam peti. Tada dah siap, sedap dimakan sejuk-sejuk. Tak sedar seloyang dah habis, rasanya manis-manis masam buah. Selamat mencuba ye.

Nota:

  • Wajib masukkan sedikit gula batu untuk nampak bagi agar-agar berkilat.
  • Masak agar-agar hingga betul-betul mendidih supaya bila dah keras agar-agar tak cepat berair.
  • Saya masak agar-agar dan gula tak ada sukatan sebab masak ikut sukahati, so akak-akak boleh agak-agak la ye.
  • Campurkan sekali air longan untuk menaikkan lagi rasa agar-agar tadi, so tak ada la rasa kosong agar-agar kita tu.
  • Buah apa pun tak kisah lagi banyak lagi sedap.
  • Agar-agar mestilah dimasukkan ke dalam loyang/acuan masa masih panas bertujuan buah akan jadi lembut, mudah dipotong dan tak hancur.
Resepi Agar-Agar Cermin Mixed Fruits

Resepi Oleh: Sya Qiela