Ikan, Makanan Laut

Resepi Acar Ikan Tongkol

resepi-acar-ikan-tongkol

Resepi Acar Ikan Tongkol

  • 1 ekor ikan tongkol (potong)⁣
  • garam secukup rasa ⁣
  • serbuk kunyit secukupnya ⁣
  • minyak masak untuk menggoreng⁣
  • 4 biji bawang besar (asingkan sebiji)⁣
  • 7 tangkai lada kering⁣
  • 5 ulas bawang putih ⁣
  • 2 inch halia⁣
  • air secukupnya ⁣
  • air gula melaka/gula melaka secukup rasa ⁣
  • 3 ke 4 sudu cuka makan ⁣
  • garam secukup rasa ⁣
  • 1 biji timun ⁣
  • 1/2 batang carrot⁣
  • 2 biji lada hijau besar⁣
  • 2 sudu kicap lemak manis ⁣

Cara Memasak:

1. Gaul ikan dengan garam dan serbuk kunyit sampai rata.⁣ Panaskan minyak, goreng ikan sampai garing. Toskan minyak.⁣

2. Kisar 3 biji bawang besar, lada kering, bawang putih, halia dengan sedikit air sampai lumat.

3. Ambil sedikit minyak goreng ikan tadi, panaskan dalam kuali lain, tumis bahan kisar sampai garing dan pecah minyak.⁣ Tambah sedikit air. Perasakan dengan air gula melaka, cuka dan garam. Kacau.⁣

4. Masukkan sebiji bawang besar potong 4, timun, carrot dan lada besar hijau yang dipotong sama panjang. Tambah kicap lemak manis.⁣

5. Kacau sekejap, jangan masak lama sebab tak nak sayur layu.⁣ Tambah ikan tongkol goreng, kacau sekata, tutup api. Siap.⁣

Resepi Acar Ikan Tongkol

Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo