
Donut Gebu Guna Secawan Tepung Uli Guna Tangan
Pakai resepi donat secawan tepung tu je. Tapi ulilah nokkk. Uli sampai elastik. Tu je cara dia nak dapat ring tu. Pastu api slow masa goreng. Jangan bila awak boh donat, membuak-buak minyak tu. Kalau membuak-buak, panas sangat tu. Memang akan telan ring dia. Donat pun akan terlalu cepat masak, tak sempat kembang sempurna semasa digoreng, tu jugak jadi susah nak keluar ring. Semasa goreng tu, api slow, donat akan kembang perlahan-lahan, makin lama, makin kembang, bila dah perang elok bawahnya, terbalikkan. Macam tu nanti akan dapat ring tu.
30 minit I uli tadi. Uli tangan je. Sambil tengok citer Korea. Dah siap uli, bahagikan terus jadi 8 biji doh kecil. Bulatkan elok-elok, bagi licin muka dia, penyekkan, cucuk lubang di tengah pakai jari. Pastu peraplah sampai naik 2 kali ganda. Masa tak tentu. Cuaca panas, cepat kembang. Cuaca sejuk, lambat sikitlah. Nak cepat, boh dalam oven. Oven panaskan dulu sebelum tu. Nak bagi panas sikit je. Tapi janganlah panas bebenor sampai masak pulak donat dalam tu. Pandai-pandailah ejas ye. Sis pakai tepung gandum serbaguna je ni. Cap Ros tu.
Bahan-Bahan:
- 1 cawan tepung gandum (saya pakai cawan metrik)
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil yis (sudu KFC)
- 1/2 sudu kecil baking powder
- 1 sudu besar gula
- 1/4 cawan air suam
Cara Membuat:
1. Campur semua bahan di atas, gaul dan uli sekejap. Lepastu masukkan 1/2 sudu besar marjerin. Kalau doh melekit, tambah dalam 2 sudu besar tepung. Sambung uli sampai doh licin. Perap 1 jam.
2. Lepas perap, bahagikan kepada 8/10 bahagian kecil. Bulatkan. Penyekkan. Lubangkan di tengah. Perap lagi 30 minit. Lepastu goreng. Dah siap, boleh salut dengan gula atau susu.
8 biji rasa macam banyak jugak? Jangan risau. Kecik je donatnya ni. Makan suami isteri sambil duduk depan TV, tak sedar tiber dah habis.
Nota: Kalau kat rumah ada softener/improver, bolehlah tambah dalam adunan nak bagi lagi lembut. Tambah dalam 1/2 sudu kecil gitu untuk secawan tepung. Tapi kalau takda, takpa. Uli secukupnya. Rajin-rajin uli. Memang akan lembut jugak. InsyaAllah. Cuma takleh lawanlah yang ada softener/improver. Faham ye?
Resepi Oleh: Khairunnisa Mohammad