Rahsia Buat Biskut Pasti Menjadi dan Sedap
Ben nak pecahkan rahsia biskut yang sedap. Ada jampi tertentu diguna pakai. Hah? Jampi?. Iya. Jampi ini terpakai kepada semua resepi. Ianya adalah tips tersembunyi/ilmu mahal. Bila anda kuasai, bagilah resepi biskut apa, hasilnya ikut tekak dan anda dah boleh bayang rasa biskut yang terhasil di dalam kepala sebelum biskut dibuat. Wooow kan?
Perlu anda tahu biasanya buat biskut guna marjerin atau pure butter. Bila guna marjerin sepenuhnya, biskut yang terhasil ialah rasa rangup bila digigit. Kalau bakar terlebih, mungkin bila anda baling ke lantai, ianya baru pecah dua. Tapi bila guna pure butter, biskut yang dimakan akan jadi berderai dalam mulut, lembut, ada rasa lemaknya sebab pure butter dibuat dari susu.
Emplex pula macam serbuk baking powder. Warna putih. Tapi fungsinya untuk rangupkan biskut/bagi biskut tahan lama. Dijual di kedai bakeri. Macam mana nak dapatkan biskut yang sedap? Ikut tekak anda. Gunakan ratio 50:50 atau 70:40 dan akhirnya anda akan dapat apa rasa biskut yang dimahukan.
Penggunakan minyak jagung di dalam biskut pula akan hasilkan rasa sedikit lembab di dalam biskut selepas dibakar. Sedap? Ikut selera. Seperti mana Ben buat resepi biskut famous amos ni, Ben cuba eksperimen dengan penggunaan emplex dan pure butter. Hasilnya seperti dalam gambar.
Rasa biskut yang dibuat ikut resepi Ben akan hasilkan biskut yang sedikit berderai di dalam mulut tapi rangup di permukaan luar. Dan manis-manis buah. Gitu. Kuantiti untuk 25-27 ketul biskut famous amos. Cawan digunakan ialah cawan penyukat metrik 250ml.
Bahan-Bahan Biskut Famous Amos:
- 125 gram pure butter pada suhu bilik
- 1 biji telur saiz paling kecil. Gred C
- 1/2 cawan gula perang
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 1 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan tepung jagung
- 1/2 sudu teh emplex
- 1/2 sudu teh baking powder
- 1 cawan coklat chip
- 1/3 cawan almond nips
Cara Membuat:
1. Campurkan tepung gandum, jagung, emplex, baking powder dan ayakkan supaya sebati. Ayak 2 kali. Dalam bekas, kacau dengan tangan butter dan gula hingga mulai sebati. Tambah telur dan esen vanilla. Kacau lagi.
2. Tambahkan tepung bersama coklat chip dan almond nips. Kacau cukup sekadar bercampur sebati. Rehatkan doh di dalam peti chiller 20 minit (kalau dalam freezer, 8-10 minit dah). Tujuannya untuk pastikan biskut tak terlalu kembang bila dibakar nanti.
3. Panaskan oven pada suhu 160’C selama 10 minit. Leserkan dulang pembakar dengan marjerin sedikit. Cubit adunan dan bulatkan/leperkan/tekap ikut gaya pilihan anda. Bakar pada suhu 150-155’C ikut oven guna api atas bawah selama 20-25 minit.
4. Sementara bakar tu, masukkan semula adunan ke dalam chiller. Bila dah nak bakar balik, baru keluarkan adunan. Dah masak, keluarkan seketika biskut dan biarkan sejuk dulu sebelum simpan. Siap resepi biskut famous amos.
Share ilmu bermanfaat ni ya kawan-kawan.
Resepi Oleh: Ben Safwan