Ayam

Resepi Mudah Telur Bungkus ala Kedai Makan

resepi-mudah-telur-bungkus-ala-kedai-makan

Resepi Mudah Telur Bungkus ala Kedai Makan

Ala-ala kedai makan, tukar selera rasa nak makan macam ni tapi malas nak tapau atau nak walk in masak ajelah di dapur sendiri haa. 4 hero kena masak 4 bungkus telur tak payah lauk lain dah.

Bahan-Bahan:

  • 2 biji telur
  • 1 mangkuk kecil isi ayam – dipotong dadu kecil
  • 2 batang kacang panjang – dipotong pendek
  • 1 mangkuk kecil bunga kubis
  • 2 biji bawang putih – diketuk
  • 1/2 biji bawang holland – dipotong dadu
  • 2 sudu makan cili boh
  • 3 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu kecil lada hitam berperisa AJI-SHIO
  • 1/2 sudu kecil lada berperisa AJI-SHIO
  • Sedikit garam jika perlu
  • sedikit ajinomoto
  • Sedikit air panas

Cara Membuat:

1. Bersihkan isi ayam gaul bersama dengan serbuk kunyit dan garam goreng hingga masak, angkat dan ketepikan. Minyak yang sama tumis bawang putih kemudian masukkan cili boh, air, sos tiram dan sos cili kacau sekata.

2. Masukkan bunga kubis, kacang panjang, bawang holland dan sos ikan. Letak juga lada hitam berperisa Aji-shio, ajinomoto, sedikit garam untuk sesuaikan rasa. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi kacau sekata.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Tandori

3. Kocok telur bersama dengan lada berperisa Aji-shio, panaskan sedikit minyak lerengkan telur di dalam kuali, letak ayam dimasak tadi bungkus cantik dan terbalikkan di dalam pinggan. Sedia dihidang bersama dengan nasi, sebelum tu tabur sedikit lada berperisa aji-shio di atas telur bungkus.

Resepi Mudah Telur Bungkus ala Kedai Makan

Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish