Biskut

Resepi Horlicks Famous Amos Cookies

resepi-horlicks-famous-amos-cookies

Resepi Horlicks Famous Amos Cookies

Bahan-Bahan:

  • 1 buku buttercup
  • 1 1/2 cwn gula castor
  • 1 biji telur
  • 1 penutup esen vanilla
  • 1sdb soda bikarbonat
  • 1sdb baking powder
  • 1 cwn minyak masak
  • 3 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 1/2 cwn tepung jagung
  • 1 1/2 cwn horlicks
  • 1/2 cwn susu tepung
  • 1 cwn almond nibs (bakar dahulu dalam 5 minit)
  • 1 cwn beryls milk choc coin
  • 1/2 cwn dark choc chip
  • 1/2 cwn caramel chip

Cara Membuat:

1. Satukan butter, gula castor, telur dan esen vanilla. Kacau dengan senduk hingga sebati.

2. Masukkan horlicks, susu tepung, soda bikarbonat, baking soda, tepung gandum dan tepung jagung. Kacau hingga sebati.

3. Kemudian tuangkan minyak sedikit demi sedikit sehingga adunan konsisten. Kacau lagi. Adunan akan menjadi sedikit lembik, jangan risau.

4. Masukkan choc coins, almond nibs, dark choc, caramel chip. Kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam chiller dalam 15 minit.

5. Cubit atau masukkan ke dalam piping bag. Bentukkan bulat kecil dan letakkan atas loyang. Bakar dengan suhu 150 degree atau selama 15 minit.

Resepi Horlicks Famous Amos Cookies

Resepi Oleh: Saiful Nasuha