
Popia Seaweed Hanya Guna 3 Bahan
Popia seaweed is done
Bahan-Bahan Utama:
- Kepingan rumpai laut
- kulit popia
- 2 biji telur (ambik telur putih sahaja)
Langkah Untuk Membuatnya:
1. Ambik sekeping kulit popia, letak atas dulang atau pinggan dan sapukan putih telur di atasnya. Letakkan kepingan rumpai laut di atas permukaan kulit popia yang telah diletakkan putih telur tersebut.
2. Ambik sekeping lagi kulit popia dan sapukan telur putih di atasnya. Kemudian letakkan kulit popia itu di atas kulit popia yang telah diletakkan rumpai laut. Pastikan bahagian yang disapu putih telur diletakkan ke atas kulit popia yang ada rumpai laut.
3. Putih telur sebenarnya bertindak sebagai gam/pelekat agar rumpai laut tersepit seperti sandwitch. Biarkan seketika dalam 10 minit agar telur putih kering dan melekat, ia supaya senang digunting nanti.
4. Guntingkan kulit popia sesuka hati anda. Saya suka potong mengikut tepi kulit popia sebab dapat rasa kerangupan kulit popia dan ditengahnya ada rumpai laut. Dah siap gunting semuanya, gorenglah dengan api sederhana besar. Tak perlu garing sangat sebab rumpai laut tu memang dah masak.
Resepi Oleh: Cik AiEnz Khalib