Ayam

Ayam Goreng Crunchy Penuh Dengan Salutan Rangup

ayam-goreng-crunchy-penuh-dengan-salutan-rangup

Ayam Goreng Crunchy Penuh Dengan Salutan Rangup

Ayam goreng rangup ini hanya menggunakan Tepung Bestari Original sahaja.

Bahan Utama:

  • Ayam
  • Tepung Bestari Original (nak guna yang spicy pon boleh) ikut selera masing-masing
  • Minyak

Cara Membuat:

1. Perap ayam dengan tepung bestari selama setengah jam. Ok yang ni kena fahamkan jangan la letak 1 plastik tepung nak perap tu. Agak-agak ayam banyak mane banyak tu la tepungnye, bancuh dengan air.

2. Lagi lame ayam diperap lagi rase juicy tau tapi kalau tak nak perap lame pon takpe dalam 10 minit pon oke. Ikut pade kerajinan nak menunggu, yang ni saya tak bancuh dengan telur sebab kalau letak telur minyak akan jadi cepat hitam. Jangan letak garam atau perase sebab tepung bestari ni dah cukup masin.

3. Tepung kering (menggunakan tepung bestari jugak) guna bekas yang besar sebab senang nak gaul ayam nanti. Ambil ayam yang diperap tadi ke tepung kering dan gaul sama rata. Masa ni tekap ayam dengan tepung bagi tepung tu bersalut dengan ayam.

4. Ok yang ni, sediakan bekas atau mangkuk ikut pade korang la. Isi air dalam bekas (air sejuk atau air paip terpulang) dan letak penapis. Masukkan ayam yang bersalut tepung tadi ke dalam dan remdam ayam jangan lame sekajap je rendam (dalam 2 saat).

Cuba Resepi Ni:  Resepi Masakan Thai Tom Kha Gai

5. Angkat ayam yang di rendam tadi dan toskan. Lepastu masukkan semula dalam tepung kering dan gaulkan (tepung kena banyak ye jangan sikit nanti tak jadi kerinting ayam). Lepastu akan nampak hasil kerinting macam ni.

6. Goreng ayam ni saya pilih dalam periuk sebab kejadian ayam bile digoreng akan jadi cantik. Minyak kena banyak bile goreng ayam tu takde la hangit tang bawah tu. Dan ini la hasilnya. Selamat mencuba.

Ayam Goreng Crunchy Penuh Dengan Salutan Rangup

Resepi Oleh: Nrl Intan Syafinas