Kek

Resepi Kek Coklat Putih Telur

resepi-kek-coklat-putih-telur

Resepi Kek Coklat Putih Telur

Putih telur banyak dalam peti lebihan buat Jala Emas kelmarin. Dalam kepala duk mikir nok buat ape ye dengan putih telur banyok ni, 30 biji. Hasil skodeng dari blog ke blog maka dapat la resepi ni.

Alhamdulillah gebu. Tapi dek kerana keterujaan dia tu oven TERstop awal pulak, maka bawah dia ade sedikit kecacatan. Sepatutnya kena set lebih masa sebab setiap oven kan tak sama dengan masa & suhu dia tapi takpe la janji kek ni tetap gebu.

Bahan A:

  • 125 gram tepung gandum
  • 25 gram serbuk koko
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 25 gram tepung jagung
  • 75 gram minyak masak
  • 75 ml susu cair
  • 100 gram putih telur

Bahan B:

  • 400 gram putih telur
  • 2 sudu teh cream of tartar
  • 1/2 sudu teh garam
  • 175 gram gula pasir

Cara Membuatnya:

1. Panaskan ketuhar 190°C.

2. Bahan A: Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan tepung jagung. Masukkan susu dan minyak masak. Gaul rata. Tuang putih telur dan kacau lagi. Asingkan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Minyak Kukus

3. Bahan B: Pukul putih telur, cream of tartar dan garam sehingga setengah kembang. Masukkan gula pasir dan pukul lagi sehingga benar-benar kembang.

4. Sudukan ke dalam campuran bahan A sedikit demi sedikit sambil dipukul perlahan.

5. Tuangkan ke dalam loyang chiffon berdiameter 22 cm. Bakar selama 50 minit sehingga benar-benar masak dengan suhu ketuhar 190°C. SIAP!

Resepi Kek Coklat Putih Telur

Resepi Oleh: Zuita Aisyah