Masakan Barat, Sarapan

Cara Buat English Breakfast Cinnamon Rolls dan Belgian Waffle

cara-buat-english-breakfast-cinnamon-rolls-dan-belgian-waffle

Cara Buat English Breakfast Cinnamon Rolls dan Belgian Waffle

English breakfast tadi, every weekend breakfast macam dah a must untuk healing-healing macam ni. Best layan perasaan dan view bila santai dengan my love kat balcony Eyla’s Cafe ni (berangan p lah no). Menu all homemade Alhamdulillah macam nak retire ja kerja and bake macam ni and ada cafe betul-betul. InsyaAllah one fine and sweet day moga dimakbulkan. This is my passion, the true Eyla. Hangpa doakan kami na.

Resepi Cinnamon Rolls with Cream Cheese Frosting

Bahan Doh:

  • 2 cawan fresh milk suam
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan butter cair
  • 1 pack yeast
  • 5 cawan tepung (kami guna high protein)
  • 1 sudu teh baking powder

Masukkan bahan-bahan cair dulu then bahan kering and last sekali yeast ke dalam bread maker. Pilih setting doh.

Bahan Filling:

  • 2 tbsp cinnamon powder
  • 100g brown sugar
  • 100g butter

Cara Buat: Gaul semua bahan filling untuk diratakan atas permukaan doh yang dah dicanai empat segi. Kemudian, doh digulungkan memanjang dan potong doh yg digulung tadi dengan benang (jangan guna pisau nanti tak berapa menarik). Biar kejap dalam 10 minit bagi kembang lagi pastu bake sampai golden brown.

Bahan Cream Cheese Frosting:

  • 100g cream cheese
  • 100g icing sugar
  • 2tbsp butter
  • vanilla
Cuba Resepi Ni:  Japanese Souffle Pancake Lembut dan Gebus

Mix kan bahan ni sampai kembang. Then sapukan kat cinnamon roll yang dah siap masak, siap.

Cara Buat English Breakfast Cinnamon Rolls dan Belgian Waffle

Resepi Belgian Waffle

Bahan-Bahan:

  • 250g tepung gandum
  • 1 sudu teh Baking Powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 biji telur, asing kan kuning dan putih
  • 1/3 cawan minyak
  • 2 cawan susu
  • 1 sudu teh Vanilla

Cara Membuat: Kacau semua bahan-bahan kering sampai sebati then masukkan bahan cecair kecuali putih telur. Kacau-kacau sampai tak berketul, putar putih telur sampai soft peak atau meringue then masukkan dalam adunan tadi. Then baker dengan waffle maker. Siap.

Cara Buat English Breakfast Cinnamon Rolls dan Belgian Waffle

Resepi Oleh: Eyla Osman