Kek

Orange Semolina Upside Down Cake Wangi Bau Oren

orange-semolina-upside-down-cake-wangi-bau-oren

Orange Semolina Upside Down Cake Wangi Bau Oren

Kes nak perabis buah oren dan tepung semolina, tapi berbaloi jugak mencoberr, hepi menerai.

Bahan-Bahan Syrup:

  • 150ml jus oren
  • 50g gula perang
  • 2 biji buah oren | hiris nipis

Bahan-Bahan Kek:

  • 250g mentega tulin
  • 160g tepung semolina halus | akak guna kasar >> https://shope.ee/2fbSOFK1PU
  • 130g tepung gandum serba guna
  • 130g gula perang / gula kastor
  • 100ml jus oren
  • 3 biji telur gred A
  • 1 tbsp kulit oren | parut warna oren sahaja
  • 2 tsp baking powder
  • 1 tsp baking soda
  • 1 tsp garam | jika guna unsalted butter
  • 1 tsp esen vanila

Cara Membuat:

1. Panaskan oven pada suhu 170c/160c fan. Glis butter loyang 8/9 inc (loose based) dan alas dengan baking paper.

2. Syrup; Masukkan jus oren dan gula ke dalam periuk. Biarkan mendidih lalu masukkan hirisan oren. Kecilkan api, tutup periuk dan renihkan selama 8 minit. Proses ini untuk lembukan kulit oren. Kemudian susun di dasar loyang. Seeloknya bertindih dan tiada ruang. Simpan syrup untuk sapuan.

3. Satukan tepung semolina, tepung gandum, baking powder, baking soda dan garam. Di dalam mangkuk pengadun pukul butter dan gula perang hingga pucat dan berkerim.

4. Kemudian masukkan esen vanila, kulit oren dan telur. Tambah telur sebiji demi sebiji dan pukul 3 minit setiap satu.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Lapis Aiskrim Neapolitan

5. Kemudian pukul selang seli antara tepung dan jus oren iaitu 1/3 campuran tepung dan pukul, masukkan setengah jus oren dan pukul, kemudian 1/3 tepung, setengah lagi jus oren dan diakhiri dengan 1/3 lagi tepung. Pindahkan adunan ke dalam loyang. Hati-hati supaya hirisan oren tidak bergerak.

6. Bakar pada suhu 170c selama 55-60 minit atau periksa kek dengan lidi atau cake tester.

7. Keluarkan dari oven dan sapukan syrup dipermukaan kek. Biarkan selama 10-15 minit. Keluarkan dari loyang, terbalikkan dan sejukkan di atas rak dawai. Sapukan lebihan syrup ketika menghidang. Tekstur keknya padat tetapi lembut, gebu dan wangi bau oren. Hepi meneraiii.

Orange Semolina Upside Down Cake Wangi Bau Oren

Resepi Oleh: Kak Roy