Roti, Snek, snek

Odading atau Roti Goreng Viral di Indonesia

odading-atau-roti-goreng-viral-di-indonesia

Odading atau Roti Goreng Viral di Indonesia

Yang ni petang tadi Aznie buat. Dari minggu lepas lagi tengok resepi ni lalu lalang. Tertarik sangat melihatnya. Odading atau roti goreng yang lagi viral di Indonesia. Untuk yang ni Aznie ikut resepi dari JE deBloom. Ternyata dalamnya lembut gebu. Wangi dengan haruman bijan. Tak rugi mencuba sebab sedap rotinya. Mungkin akan viral juga nanti di Malaysia. Nak buatnya pun tak susah.

Bahan Yis:

  • 50ml air suam
  • 3g (1 sudu teh) yis segera
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar tepung gandum

Bahan Roti:

  • 250g tepung roti (high protein)
  • 40g marjerin atau butter
  • 20g gula pasir
  • 1 biji telur (A)
  • Bahan taburan
  • Bijan putih

Cara Buat:

1. Buat yis; campur semua bahan, gaul rata. Rehatkan 5-10 minit. Campur bahan roti kecuali marjerin, masukkan bahan yis. Gaul rata dan uli hingga sebati.

2. Masukkan marjerin, uli lagi hingga ia elastik. Bulatkan adunan lalu rehatkan selama 30-45 minit atau hingga naik 2 kali ganda.

3. Kemudian tumbuk, untuk buang anginnya. Seterusnnya, rollkan ia setebal 1 cm hingga 1.5 cm. Lalu potong doh dengan ukuran 4 x 5 cm atau ikut selera masing-masing.

4. Letakkan di dalam loyang yang sudah ditaburi dengan sedikit tepung. Kemudian, tutup dengan kain atau plastik. Rehatkan doh selama 5-10 minit.

5. Sapu permukaan doh dengan air lalu ditabur dengan bijan dan juga gula sambil ditekan sedikit agar melekat.

6. Goreng dengan api yang sederhana panas, hanya dengan sekali balik, agar tidak terlalu banyak menyerap minyak. Angkat lalu toskan.

Odading atau Roti Goreng Viral di Indonesia

Resepi Oleh: Aznie Khasri