Roti

Resepi Roti Ban Manis dan Roti Gula

resepi-roti-ban-manis-dan-roti-gula

Resepi Roti Ban Manis dan Roti Gula

Agak lama juga dah tak meroti. Bila dah terasa nak makan dan bahan yang diperlukan semuanya cukup maka terhasillah rotinya. Bolehlah buat breakfast pagi esok.

Bahan-Bahannya:

  • 500 gm tepung roti
  • 100 gm gula castor
  • 100 gm buttercup
  • 1 packet yeast mauripan (11gm)
  • 1 sudu teh bread improver
  • 1 sudu teh bread softener (jika ada)
  • 4 sudu makan susu tepung (apa2 jenis susu tepung pun boleh)
  • 2 biji telor gred B
  • 250 gm air sejuk (fridge)

Cara-caranya:

1. Tepung roti, susu tepung, bread improver, bread softener, yest hendaklah diayak terlebih dahulu baru dicampurkan dengan gula castor, air sejuk dan telur (Air sejuk dan telor hendaklah timbangan beratnya tidak melebihi 300 gm).

2. Masukkan semua bahan no 1 ke dalam mesin bread maker dan set no 7 (Bread Dough) untuk diuli. Jika nak uli secara manual dengan tangan pun boleh juga.

3. Bila mesin rest sebentar baru masukkan butter dan biarkan dough diuli dengan sempurna. Bila mesin berhenti biarkan dough naik hingga penuh sampai ke permukkan mesin. Kemudian set no 7 untuk dough diuli sekali lagi.

4. Bila mesin berhenti keluarkan dough dan tekan-tekankan atau tumbuk-tumbukkan dough supaya angin (udara) yang terdapat di dalam dough keluar.

5. Bulat-bulatkan dough setiap satu seberat 25 gm dan susun di dalam loyang yang telah disapukan dengan butter.

6. Biarkan dough naik sekali ganda lagi baru dibakar di dalam oven dengan suhu 160 darjah selama 25 – 30 minit. Kepanasan oven bergantung kepada oven masing-masing.

7. Bila roti telah masak dan berwarna kekuningan kira-kira selepas 25 minit yang terakhir, keluarkan loyang dan sapukan dengan bancuhan kuning telur dan bakar semula hingga roti masak.

8. Untuk roti gula; Spray kan roti yang telah naik dengan air sejuk dan taburkan dengan gula pasir, baru dibakar di dalam oven hingga masak.

9. Jika nak uli secara manual dengan tangan pun boleh juga. Tetapi hendaklah mengikut kaedah atau cara yang sama. Kena 2 kali uli dan 2 kali naik. Tujuannya supaya texture roti halus dan lembut.

Bancuhan kuning telur untuk sapuan pada roti:

1 biji kuning telur
2 sudu makan air sejuk
1 sudu makan minyak [email protected]
minyak masak

Cara-caranya: Semuanya disatukan dan diputar (seperti buat telur dadar) hingga rata dan bersatu baru disapukan atas roti. Siap Resepi Roti Ban Manis dan Roti Gula.

Resepi Roti Ban Manis dan Roti Gula

Resepi Oleh: Fauziah Ali