Kek Pisang Blender Lembut dan Tak Terlalu Manis

Kek Pisang Blender Lembut dan Tak Terlalu Manis

Kek pisang favorite keluarga saya, sedap sangat baq hang, dengan lembutnya, dan tak terlalu manis ish ish ishhhh makan panas-panas sapu sikit butter ada pulak teh o atau kopi o fuhhhhhh… memang terbaik!

Bahan Ayak:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan Kisar:

  • 4 biji pisang berangan
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 biji telur

Cara-Cara:

1. Satukan tepung gandum dengan baking powder dan soda bikarbanat dan diayak.

2. Tuang bahan yang dikisar dalam bekas tepung. Kaup balik tepung dan bahan kisar hingga sebati.

3. Alaskan loyang saiz 8” dengan kertas minyak atau lenser loyang dengan mentega.

4. Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak.

5. Sejukkan dan sedia untuk dipotong dan dihidangkan.

Ramai Yang Dah Cuba Kek Pisang Resipi Warisan Keluarga Ni. Memang Sedap! >> KLIK DI SINI

Kek Pisang Blender Lembut dan Tak Terlalu Manis

Resepi Oleh: Lina Thomas