Ais Krim

Resepi Ais Krim Magnum Kampung Gebu

resepi-ais-krim-magnum-kampung-gebu

Resepi Ais Krim Magnum Kampung Gebu

Musim cuti sekolah, anak-anak ramai kat rumah. Boleh beraktiviti bersama. Bersedia untuk pintu esbok tu asyik bukak tutup. Ini resepi aiskrim magnum kampung gebu cara apa ada. Takyah susah-susah, tak perlu double boil coklat, tak kecah-kecah, tak selekeh tumpah-tumpah. Takde yang tu yang ni, ada alternatifnya. Janji rajin je.

Cara Buat Filling Susu:

Bahan Blender Hingga Sebati –

  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan whipping cream (atau susu full cream)
  • 1/4 tin susu pekat atau 3 sudu besar sahaja
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu kecil glycerine (untuk efek gebu) – takde pun takpe, ada lagi bagus
  • Secubit garam

Nota: Kalau leceh nak beli semua di atas, beli VANILLA AISKRIM dalam tub tu, tunggu cair – kalau tak sabar, blend je dengan 1 cawan susu full cream, terus siap.

Bahan Salutan Coklat:

  • Dark atau milk compound coins (jenama apa pun boleh)

Bahan Keperluan Lain:

  • Plastik aiskrim
  • Air panas dalam mug
  • Garfu/kad/ruler atau apa-apa sahaja
  • Corong kecil

Cara Membuat:

1. MESTI sediakan dulu filling dia. Blender semua hingga sebati. Tuang ke dalam jug dan ketepikan.

2. Masukkan 10 biji (TAK BOLEH KURANG nanti choc tak salut) DARK COINS dalam plastik aiskrim (TAK PERLU SUSUN).

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ais Krim Pudina Coklat Chip

3. Kemudian, masukkan plastik aiskrim dalam AIR PANAS DALAM MUG atau JUG hanya paras choc sahaja. Bila dah cair, guna garfu untuk ratakan hingga paras mana yang kita mahu. Ganti air panas kalau air dalam mug/jug dah

4. Masukkan corong plastik kecil di muncung plastik aiskrim dan TUANG TERUS FILLING hingga paras choc. JANGAN tunggu coklat keras. COKLAT DAN FILLING TIDAK AKAN BERCAMPUR. Simpulkan.

5. Masukkan ke dalam freezer, selepas 5 jam baru boleh makan. Baiknya buat malam, walaupun tidur tak leh nyenyak sebab tak sabar nak bangun nak rasa tapi kena tidur juga. Tau-tau dah 5 jam dah.

Selamat mencuba, silakan share moga bermanfaat!.

Resepi Ais Krim Magnum Kampung Gebu

Resepi Oleh: Nieza Nor Hamnira