No Bake Strawberry Cheesecake ala Korea
Topping dia tu bukan white chocolate tau. Hanya menggunakan whpping cream dan hanya pakai jem strawberri sahaja tau.
- Loyang 7 inci
Bahan-Bahan:
Base –
- 170gram digestive biscuits
- 70 gram butter
Strawberry Mousse –
- 500 gram cream cheese
- 230 gram jem strawberry
- 100 gram gula icing
- 1 sudu kecil vanila essen
- 4 titik pewarna pink/ merah. ( optional)
- 400 gram whipping cream
Topping –
- 100 gram dairy whipping cream
- satu sudu kecil gula icing
- 1 sudu kecil vanila essen
Cara Membuat:
Base –
1. Hancurkan 170 gram digestive biskut serta gaulkan bersama 70 gram butter yang telah dicairkan.
2. Kemudian mampatkan dalam loyang. Ratakan sampai ketepi loyang. Mampatkan betul-betul. Setkan dalam peti ais selama 30 minit.
3. Selepas 30 minit, sapu nipis nutella di atas base yang dibuat. Kemudian, set dalam peti ais selama 30 minit.
Strawberry Mousse –
1. Putarkan 500 gram cream cheese pada suhu bilik (dalam 2 minit) + Titis satu titik esen vanila + 100 gram gula icing.
2. Putar kejap je dalam 2-3 minit, masukkan 230 gram jem strawberry. Putar sebati. Lepas tu titiskan 4 titisan atau drop pewarna pink. Ini pilihan, tak nak pun takpe. Gaul sebati.
3. Guna bekas yang lain, putar 400 gram dairy whipping cream hingga kental. Gaulkan kedua-dua adunan di atas dengan teknik kaup balik. Setkan ke dalam peti ais selama 2 jam.
Topping –
1. Putarkan 100 gram dairy whipping cream + satu sudu kecil gula icing. Untuk yang ni ada 2 pilihan;
Pilihan 1: Putar hingga soft peak atau wc tak kental, means bila angkat attachment whipping cream masih jatuh mengalir ke bawah. Tuang terus atas kek. Tapi kek better set semalaman dulu. Keluarkan dari loyang baru spreadkan wc yang diputar, jadilah dripping macam dalam gambar.
Pilhan 2: Putar kental wc tadi. Terus ratakan dalam loyang. Ni kalau yang tak yakin la nak buat dripping. Setkan semalaman. Then keluarkan dari loyang. Selamat Mencuba.
Resepi Oleh: Muhammad Ali