Kuih Muih

Kuih Ropa dan Kuih Paung Inti Ikan

kuih-ropa-dan-kuih-paung-inti-ikan

Kuih Ropa dan Kuih Paung Inti Ikan

Minum petang dengan kuih rare orang Terengganu. Ropa inti ikang dan kuih bom atau paung goreng inti ikang. Lawan dengan tea O, nikmatnye Allah. Nah resepi, try lah buat memang sedap.

Resepi Inti Ikan

Bahan-Bahan:

  • 6 ekor ikan Selayang saiz besar – Siang dan direbus (saya letak asam keeping dan sedikit garam)
  • 2 biji bawang besar dipotong dadu
  • 1 sudu kecil halba
  • 1/2 inci halia di potong memanjang
  • 1/2 cwn santan
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Buat:

1. Ikan selayang yang telah direbus diambil isinya sahaja, perisikan dan hancurkan pakai tangan je.

2. Masukkan je semua bahan-bahan dalam kuali, masak sehingga sambal agak-agak kering, tapi jangan sampai kering sangat ye atau terpulang ikut selera masing-masing.

Resepi Kulit Ropa

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 biji telor
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • pewarna kuning (tak letak pun takpe)

Cara Buat:

1. Campur semua bahan di atas dan kisar atau blend guna pengisar sehingga semua bahan sebati.

2. Panaskan non stick pan, ambil 1 senduk kecil adunan tepung dan layang-layang atas pan seperti kita buat kuih ketayap.

3. Tak perlu diterbalikkan, agak-agak dah kering adunan terus angkat dan letak inti ikan. Lipat macam nak buat kuih ketayap, lipat kemas-kemas.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih Putu Bihun

4. Buat sampai habis adunan. Nak makan, goreng kuih tadi, tak perlu minyak banyak sangat ye, goreng garing-garing sedap.

Resepi Kuih Paung/Bom Goreng Inti Ikan

Bahan-Bahan:

  • 1/2 plastik tepung pulut (250g)
  • 1 genggam kelapa parut (kelapa putih)
  • 2 sudu besar tepung gamdum
  • 1 cawan santan
  • Garam dan gula secukup rasa (agak-agak je)

Cara Membuat:

1. Campurkan semua bahan kecuali santan, masukkan santan sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh macam nak buat onde-onde. Santan tu tak payah tuang sampai habis kalau adunan dah elok jadi doh.

2. Perap doh dalam 3 hingga 4 jam dalam peti. Boleh juga kalau terus nak goreng terpulang, tapi saya perap dulu.

3. Bila dah siap perap, ambik sedikit doh dan bulatkan. Seterusnya leperkan ia dan letak inti ikan, dan gentel balik sehingga menjadi bulat.

4. Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas baru goreng ye. Api jangan kuat sangat, jaga-jaga ye ada ketika kuih bom ni meletup masa menggoreng, berhati-hati ye masa menggoreng.

Kuih Ropa dan Kuih Paung Inti Ikan

Resepi Oleh: Nor Khomariah Norrohman