
Resepi Mudah Puding Roti Ala Tembikai
Banyak banyak puding, dah cuba ke buat Puding Roti Ala Tembikai ni?. Puding roti saya tak ada penggunaan telur tau. Bolehlah cuba untuk juadah sampingan berbuka puasa sepanjang Ramadhan tahun ni.
Bahan A:
- 3 keping roti (buang tepi)
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 cawan susu segar/susu cair
- 1 camca teh esen vanila
Bahan B:
- 1 paket serbuk agar-agar (10gm)
- 6 camca besar gula
- 4 cawan air
Bahan Tambahan:
- 2 camca besar marjerin/mentega
- Pewarna merah & hijau
- Sedikit cincau sebagai biji hiasan (boleh juga guna bijan hitam atau biji selasih)
Cara Membuat:
1. Blender bahan A kemudian ketepikan. Satukan bahan B dalam periuk hingga agar-agar dan gula larut.
2. Kemudian satukan bahan A ke dalam periuk. Kacau hingga mendidih. Masukkan marjerin, kacau lagi dan tutup api.
3. Sendukkan sedikit adunan agar-agar dan warnakan dengan warna merah/pink. Tuang lapisan pertama dalam acuan. Tambahkan hirisan cincau sebagai biji hiasan. Sejukkan sekejap.
4. Dah sejuk, cakarkan permukaan lapisan pertama tadi dan curahkan untuk lapisan kedua pula. Lapisan kedua tak perlu letak warna. Biar putih. Sejukkan sekejap.
5. Lapisan terakhir warnakan dengan warna hijau. Sejukkan dan kemudian simpan dalam peti sejuk. Sedap dihidangkan sejuk sejuk. Selamat mencuba.
Resepi Oleh: CikPuan SitiMasitah