Ayam

Resepi Ayam Masak Halia Sos Tiram

resepi-ayam-masak-halia-sos-tiram

Resepi Ayam Masak Halia Sos Tiram

Nah “Ayam Halia Sos Tiram”. Simple je. Campak-campak siap!. Sekali makan terasa seperti berada di Langkawi. Tiber.

Bahan-Bahan:

  • Ayam – Digaul garam dan kunyit
  • 4 ulas bawang putih – dicincang
  • 3 inci halia – dihiris halus
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 cawan air
  • 2-3 ulas cili padi – diketuk
  • 1 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
  • 1 biji tomato – dipotong
  • daun sup dan daun bawang
  • minyak untuk menggoreng

Cara Memasak:

1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak dan goreng hingga masak. Kemudian angkat dan ketepikan.

2. Panaskan minyak, masuk 4 ulas bawang putih yang dicincang. Kemudian masuk 3 inci halia dihiris halus. Masak hingga kekuningan. Masuk ayam goreng tadi. Nak try campak pun boleh je. Tak dosa pun.

3. Letak 2 atau 3 sudu besar sos tiram. Tambah 3 sudu besar kicap biasa. Kacau biar mesra. Semesra kasihku padamu. Letak pula 1 sudu kecil lada sulah. Kacau dan kacau lagi. Masuk 1 cawan air.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Gulai Ayam Mek Kelate

4. Tambah cili padi yang diketuk. Nak pedas letak banyak. Bancuh 1 sudu tepung jagung dengan sedikit air. Tuang dalam masakan. Kacau sebati. Masuk 1 biji tomato. Tabur daun sup dan daun bawang. Siap! Saya makan dulu ye.

Resepi Ayam Masak Halia Sos Tiram

Resepi Oleh: Liza Idris