Snek, snek

Mudah Serta Sedap Dumpling Inti Ayam dan Udang

mudah-serta-sedap-dumpling-inti-ayam-dan-udang

Mudah Serta Sedap Dumpling Inti Ayam dan Udang

Saya tak terer bang, tapi saya try. First time makan, first time buat..mmg sedap dumpling ni 🥟🥟 anak2 pun suka mkn..laku keras..sat je licin 😍😋👍

Bahan Kulit Dumpling: (boleh beli yang ready made)

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi kayu
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 cawan air panas

Bahan Inti Dumpling:

  • 1 cawan isi ayam
  • 1/2 cawan isi udang
  • 1 labu bawang besar – dicincang
  • 1/2 batang carrot – diparut
  • 1 batang daun bawang – dihiris
  • 1 sudu teh serbuk lada putih Aji Shio
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh kicap manis
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 biji telur
  • 2-3 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1 sudu besar gula

Bahan Minyak Cili:

  • 1/2 cawan minyak masak/jagung
  • 3 ulas bawang putih – dicincang
  • 1 inci halia – di cincang
  • 1 batang daun bawang (ambil bahagian putih saja) – dihiris
  • 1/4 cawan cili flakes
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1 batang daun bawang (ambil yang hijau) – dihiris
  • 1/2 sudu teh bijan yang disangai

Cara Membuat:

1. Kulit Dumpling; Satukan tepung gandum, tepung ubi, minyak dan garam. Tuang air panas sedikit demi sedikit sambil kacau dengan sudu. Kemudian, gaul dengan tangan dan uli hingga menjadi doh. Tutup dan rehatkan 30 minit.

2. Potong doh kecil-kecil, ambik satu dan canai nipis. Tekap dengan acuan bulat dan tabur tepung di atas dulang supaya kulit tidak melekat. Ketepikan dulu.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Murtabak Roti Daging Cheese

3. Inti Dumpling; Blend kering 2 keping dada ayam dan 10-15 ekor udang hingga halus. Satukan isi ayam dan udang bersama bawang, carrot, daun bawang, serbuk lada putih, sos tiram, kicap, minyak bijan, tepung jagung, telur, garam dan gula. Kacau sebati.

4. Ambil sekeping kulit, letak sedikit inti. Sapu air di tepinya dan tutup. Kelim beberapa kali di tepinya dan tekan kemas. Didihkan air di dalam pengukus dulu. Sapu dulang dengan minyak supaya dumpling tidak melekat dan kukus selama 15 minit dengan api sederhana.

Mudah Serta Sedap Dumpling Inti Ayam dan Udang

5. Minyak Cili; Panaskan minyak di atas api. Di dalam bekas, satukan bawang putih, halia, daun bawang putih, cili flakes, gula, garam, kicap dan minyak bijan. Cili flakes yang saya guna baki beli pizza domino 2-3 bulan lepas.

6. Tuang minyak panas perlahan-lahan dan biar ia mendidih bersama bahan-bahan tadi seketika, kemudian kacau. Campur dengan daun bawang hijau dan bijan. Kacau sebati. Hidangkan dumpling bersama minyak cili.

Mudah Serta Sedap Dumpling Inti Ayam dan Udang

Resepi Oleh: Nor Al Fatihah