Tips

9 Petua Melembutkan Isi Ayam

9-petua-melembutkan-isi-ayam

9 Petua Melembutkan Isi Ayam

Kadang kala amat melecehkan apabila kita membeli ayam yang sudah tua kerana isinya yang keras, terutamanya ayam kampung. Berikut merupakan 9 petua yang boleh dilakukan untuk melembutkan isi ayam;

1. Lada hitam dan halia

Tumbuk setengah sudu teh lada hitam bersama dengan sedikit halia, masukkan ke dalam periuk bersama ayam tua dan air untuk direbus. Rebus hingga lembut. Kemudian keluarkan ayam, cuci bersih, lumurkan tepung beras dan goreng.

2. Tempurung kelapa

Masukkan beberapa keping tempurung kelapa ke dalam periuk ketika merebus ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

3. Tebu

Masukkan seruas tebu ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

4. Biji selasih

Bungkus satu sudu besar biji selasih dengan kain kasa dan masukkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

5. Daun pisang abu

Masukkan daun pisang abu yang telah dicarik-carikkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

6. Air kelapa

Potong ayam tua kepada beberapa bahagian. Rebuskan bersama air kelapa sehingga empuk. Toskan airnya dan boleh dimasak seperti biasa.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Dalca Ayam

7. Pangkal daun nenas

Masukkan beberapa potongan pangkal daun nanas (warna kuning) ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Keluarkan apabila ayam telah empuk.

8. Buah nanas

kisar sepotong buah nanas. Lumurkan pada ayam tua dan perap selama setengah jam. Bersihkan dan masak ayam seperti biasa.

9. Buah betik muda

Rebus ayam tua tersebut dengan buah betik muda.

isi-ayam