Biskut, Kuih Raya

Semperit Klasik Harum Ranggup Tapi Cair Dimulut

semperit-klasik-harum-ranggup-tapi-cair-dimulut

Semperit Klasik Harum Ranggup Tapi Cair Dimulut

Rasa nak semperit tak kan nak tunggu raya baru dapat makan. Jom buat sendiri hanya beberapa bahan dah boleh hasilkan semperit klasik harum, ranggup tapi cair dimulut.

Bahan A:

  • 500 butter jenama EMBORG harga ok dan sedap
  • 1 cawan teh gula aising, diayak (jika suka manis boleh lebihkan)
  • 3 bji kuning telur (sbab guna gred E)
  • 3-4 titik pewarna kuning makanan
  • 1 sudu teh penuh esen vanilla
  • 1 bekas Ceri merah dipotong kecil untuk hiasan

Bahan Kering: diayak dan sekalikan semua

  • 3 cawan teh tepung gandum jenama bakers choice
  • 1 cawan teh tepung jagung
  • 1 sudu besar penuh membukit tepung custard

Cara Membuat:

1. Satukan butter dan gula aising, kacau sekadar rata kemudian masukkan esen vanilla, telur kuning. Kacau rata dengan senduk tapi jangan sampai kembang.

2. Masukkan bahan kering yang diayak tadi separuh-separuh dahulu sambil kacau. Masuk semua hingga habis, adunan mesti lembut tapi tak melekit ditangan. Jika lembik, boleh tambah lagi tepung gandum tapi jangan terlalu keras nanti susah nak bentukan bunga semperit.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Biskut Tart Bunga

3. Sapu nipis loyang dengan butter. Msukkan sedikit adunan ke dalam acuan dan tekan dengan posisi menegak, ia akan terbentuk bunga dengan sendirinya. Buat sehingga habis dan hias ceri atasnya.

4. Panaskan oven sebelum bakar. Bakar dalam oven pada suhu 160°c selama 20-30 minit atau sehingga masak keperangan. Siap.

Nota: Acuan semperit boleh guna yang pam pakai tangan. Kalau guna piping bag, pastikan plastik double.

Semperit Klasik Harum Ranggup Tapi Cair Dimulut

Resepi Oleh: Aisyah Humaira