Ayam

Resepi Ayam Blackpepper Butter Sos

resepi-ayam-blackpepper-butter-sos

Resepi Ayam Blackpepper Butter Sos

Selamat berhujung minggu gaisss. Semalam saya buat ayam bakar lemon. Sengaja saya bakar sekor terus sebab cadang nak buat ayam sos blackpepper butter sos ni. Sos dia ni lepas sejuk warnanya berubah pekat dan sedikit gelap ye. Dalam gambar nampk pucat sikit sebab masih panas.

Nota: Bahan, cara memasak boleh ubah suai sesuai dengan selera anda ye. Saya kongsikan secara asas sahaja guna pakai barang yang ade dirumah sahaja.

Bahan A:

  • Ayam cuci bersih, boleh grill atau goreng celup tepung ye. Terpulang sesuai selera.

Bahan B:

  • Daun kari
  • Susu cair atau cooking cream
  • 1/2 cup air
  • Suku Butter
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Bawang holland boleh hiris atau chop dadu
  • Lada hitam biji, ditumbuk hancur
  • Sedikit chili flakes untuk colour

Bahan C:

  • 1 sudu besar tepung gandum untuk pekatkan kuah. Saya suka dia creamy pekat. Boleh skip kalau tak suka tepung atau boleh ganti bahan pemekat lain.

Cara Masak:

1. Panaskan koli, masukkan minyak dan butter. Masukkan bawang holland dan daun kari. Kacau sampai layu. Dia pop pop jangan lari plak. Dia tak mercik. Bunyi je meletop-letop tu.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Masak Merah

2. Bila dah layu, matikan api, cedok naik separuh bawang tu masuk dalam blender. Masukkan 1/2 cup air dan satu sudu besar tepung gandum (boleh skip tepung kalau tak suka). Kisar hancur.

3. Tuang balik dalam kuali tadi, masukkan susu cair atau cooking cream, lada hitam dan sedikit cili flakes untuk warna, hidupkan api, kacau-kacau kemudian rasa. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu sesuai dengan selera.

Resepi Ayam Blackpepper Butter Sos

Resepi Oleh: Dani Shoppe’s