Resepi Kuey Teow Sup Chineese Style

Bahan-Bahan:.

Kuey teow/bihun/mee kuning*
Isi ayam*
Fish ball*
Udang/ketam*
Tauge*
1/2 kiub pati ayam
1/2 kiub pati bilis
Daun kucai
Halia sehiris dua
Bawang putih
Cili padi
Minyak bijan
Kicap
Sos ikan (takde pun takpe)
Chili flakes (takde pun takpe)

Cara Membuat:

1. Panaskan periuk berisi air, campur kiub-kuib pati ayam & bilis. Masukkan hirisan halia & sedikit garam. Letak sedikit minyak bijan.

2. Celur sekejap semua bahan bertanda * dalam air rebusan di atas. Susun dalam bekas hidangan. Asingkan.

3. Cincang bawang putih & goreng sampai garing. Letakkan bawang sekali dengan minyak dalam mangkuk.

Untuk kicap:

Lada potong + kicap manis/masin + chili flakes + minyak bawang putih + sos ikan.

Cara Menghidang:

Susun semua bahan yang dicelur, letak daun kucai, bawang putih bersama minyak & sup mendidih. Siap! Tambah kicap lada potong kalau suka.

Resepi Oleh: Ayuni Zulkafli

Comments are closed.