
Mee Goreng Budak Sekolah Ringkas dan Mudah
Selamat pagi, hari ni dah bermula rutin mak-mak menguruskan anak sekolah. Jadi nak cepat dan mudah kakchik buat Mee goreng Budak Sekolah untuk sarapan. Memang suka sangatlah anak-anak kalau tengok menu pagi ni. Apa taknya tanpa sayur tanpa togey. Tak tahulah apa ditakutnya dengan sayur tu. Korang pun sama je kan?.
Bahan-Bahan:
- 4 biji telur
- Sedikit daging dan ayam
- 2 sdb sos tiram
- 5 sdb sos cili
- 1/4 cawan kicap manis
- 1/2 cawan air
- 1 bungkus Mee kuning (450g)
- Minyak untuk menumis
Bahan Kisar:
- 2 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 5 tangkai cili kering
Cara Membuat:
1. Mula-mula kakchik gorengkan telur hancur. Masak dan angkat letak tepi. Dalam kuali yang sama, kakchik tumiskan 2 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih dan 5 tangkai cili kering. Tumis sampai garing tau. Kalau suka pedas boleh tambah lagi cili tu. Ini kan untuk budak sekolah, mana boleh pedas sangat.
2. Bila bahan kisar kita dah garing, masukkan lauk yang ada. Kakchik bubuh daging dan ayam je. Kalau nak bubuh sotong ke udang ke pun boleh. Kakchik tak sempat nak mancing malam tadi, bubuh la apa yang ada.
3. Bila ayam dan daging dah masak masukkan 2 sdb sos tiram 5 sdb sos cili dan 1/4 cawan kicap manis pilihan hati awak. Kacau-kacaukan biar dia mesra. Masukkan air 1/2 cawan biar kan merenih kejap.
4. Masukkan sebungkus Mee kuning. Kakchik guna Mee kuning jenama numee berat 450 gram tau. Sedap elok dah dengan bahan kisar tadi tu. Bila Mee kita dah elok sebati dengan semua bahan masukkan telur goreng hancur yang dah kita ketepikan tadi.
5. Tadaaa dah siap. Yang nak bawa bekal bolehlah kita bungkuskan. Yang berPdpr kita suruh sarapan siap-siap. Selamat mencuba.
Mee goreng yang sedap kenalah berkilat dan basah-basah. Takde lah kering kontang je kan? Ini makan pun mudah slurp slurp je. Amacam? Mee goreng Budak Sekolah pun menarik kan? Ini bukan anak je suka, mak bapak pun tumpang sekaki.
Resepi Oleh: Umi Watie