Kek Span Mini Perisa Strawberi & Blueberi Berkrim
Jom hari ni kita buat kek kukus span perisa vanila dengan topping cream cheese strawberi dan blueberi. Memang sangat mudah hanya kukus dalam acuan lompang sahaja. Kecil dan comel, kalau nak buat untuk jualan atau jamuan memang sangat sesuai.
Bahan-Bahan:
- 4 biji telur
- 2/3 cawan gula castor
- 1 sudu besar ovalette
- 1 sudu besar vanilla essence
- 1 cawan tepung naik sendiri
- 1/4 cawan fresh milk
- 1/2 cawan minyak masak
Bahan Topping:
- Cream cheese
- Gula icing
- Fresh milk
- Blueberry & strawberry filling
Cara Membuat:
Kek Vanilla –
1. Pecahkan telur, masukkan gula castor + ovalette + vanilla essence. Putarkan sampai kembang. Masukkan tepung dan fresh milk sedikit demi sedikit. Putarkan lagi sampai kembang.
2. Masukkan minyak masak sedikit dahulu, kemudian putar. Seterusnya masukkan minyak yang selebihnya. Sapu minyak masak pada acuan lompang (untuk elakkan kek melekat pada acuan nanti kek masak), masukkan adunan ke dalam acuan lompang.
3. Kukuskan kek selama 10-15 minit, menggunakan api sederhana besar. Siap.
Topping Cheese –
4. Putarkan cheese + gula icing (nak manis atau kurang manis boleh adjust sendiri ikut tekak masing-masing). Masukkan fresh milk untuk kurangkan kepekatan cheese (agak-agak sahaja sukatan atau tuang sikit-sikit).
5. Asingkan kepada 2 bahagian, masukkan filling perisa strawberi dan blueberi ke dalam bekas adunan cheese. Letakkan cheese atas kek, hias ikut sedap mata memandang. Okay siap!.
Boleh Guna Filling Strawberry & Blueberry Jenis Macam Ni >> LIHAT DI SINI

Resepi Oleh: Nuralia Idayu


