Soft Cookies Coklat Rangup Di Luar Lembut Di Dalam
Sahur bersama Soft Cookies Coklat. Biasa orang putih makan sarapan kita sahur ini pagi halal la kan. Ranggup kat luar lembut di dalam. Versi kurang manis sebab sis refer pada coklat coin dan coklat chip.
Bahan-Bahan:
- 115gm pure butter
- 70gm gula perang (kalau suka manis tambah sendiri)
- 1bj telur gred A/B
- 1sk esen vanila
- 1sb susu full cream (tak letak pun takpe)
- 3/4sk serbuk penaik
- 160gm tepung gandum
- 80 gm badam (terpulang la nak letak kacang apa, kalau tak letak pun okey je)
- 60gm coklat coin dark (nak guna yang milk coklat boleh)
- 60gm coklat chip
Cara Membuat:
1. Cairkan pure butter dalam periuk (kasi nampak berubah warna sikit nanti bau cookies wangi). Bila dah suam sikit butter ini masukkan dalam bekas bersama gula kacau sebati guna tangan je.
2. Selepas itu, masukkan telur dan esen vanila. Kacau sehingga dia jadi kenyal macam chewing gum. Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik, jangan lupa ayak dulu. Masukkan badam, coklat dark coin dan coklat chip. Kacau sebati.
3. Sapu butter pada loyang, lapiskan dengan baking paper. Untuk mudah kerja, terus scop adunan cookies susun dalam dulang. Simpan cookies selama 30 minit dalam freezer atau 1 jam dalam chiller.
4. Panaskan oven, bakar cookies dengan suhu 190c selama 10 minit (bagi ranggup di luar dahulu). Sis keluarkan cookies dan lenyekkan sikit kasi rata. Kalau kalian jenis suka makan cookies tebal tak perlu lenyek, terus saja bakar balik dalam 5-10 minit (mohon berkasih sayang dengan suhu oven memasing).
5. Bila dah masak, tunggu dia sejuk dulu, jangan angkat lagi, mahu hancur cookies itu. Sedia dimakan bersama susu sejuk atau air kopi. Ikut selera masing-masing.
Nota:
- Kalau guna unsalted pure butter, letak secubit garam. Jika dah guna salted butter tak perlu.
- Untuk adunan ini dapat 10 biji. Kalau kecilkan saiz dapat lebih sikit cookies.
Guna Coklat Dark Coin atau Coklat Susu Macam Ni Lebih Sedap >> KLIK DI SINI

Resepi Oleh: Nnj Qurban Aqiqah


