Ikan, Makanan Laut

Resepi Sardin Masak Kicap Berempah

resepi-sardin-masak-kicap-berempah

Resepi Sardin Masak Kicap Berempah

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan minyak masak ⁣
  • 1 tin sardin saiz sedang ⁣
  • 2 biji bawang holland ⁣
  • 3 ulas bawang putih ⁣
  • 1 inci halia ⁣
  • 5 tangkai lada kering ⁣
  • 3 cawan air ⁣
  • 2 tangkai daun kari ⁣
  • 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, pelaga)⁣
  • 1/2 paket rempah kari ikan⁣
  • 1 asam keping ⁣
  • 1/2 cawan kicap lemak manis ⁣
  • 1/2 batang carrot (hiris)

Cara Memasak:

1. Asingkan ikan dan sos dia. Panaskan minyak, goreng ikan sardin. Tutup kuali supaya tak mercik, bila nak palingkan ikan, tutup api dulu, palingkan ikan, tutup kuali, buka api semula. Bila ikan dah garing, angkat.

2. Kisar 1 biji bawang holland, bawang putih, halia dan lada kering dengan 1/2 cawan air sampai lumat. Panaskan minyak goreng sardin tadi, tumis daun kari, 4 sekawan dan bahan kisar sampai garing.

3. Bila dah garing, tambah serbuk kari ikan. Kacau sampai garing sekali lagi dan pecah minyak. Tambah 2 1/2 cawan air dan sos sardin tadi. Kacau sampai mendidih.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Salmon Croquettes

4. Bila dah garing, masukkan asam keping dan kicap. Kacau rata. Masukkan carrot. Kacau sampai masak dan tumisan pecah minyak.

5. Tambah 1 biji bawang holland hiris dan ikan sardin goreng. Kacau perlahan, bila dah masak sekata, tutup api. Tabur sedikit daun bawang hiris, hidangkan.

Resepi Sardin Masak Kicap Berempah

Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo