Resepi Roti Kelapa Pandan Bau Harum Satu Rumah
Disebabkan susah sangat nak dapat roti viral tu kita dah ada BM (Bread Maker), jadi buat jelah. Ni hasilnye, wangi nau. Jadi ke tak eh roti ni, rasa tak tau la sama ke tak tapi dalam tu ada gula melaka dan kelapa kering. Bau harum, esok baru boleh rasa, nyum.
Tadi jumpe lori roti G tu tapi tanya abang tu katanya takde stock. Dah berminggu cari berpuluh kedai pergi tak pernah ada so malam ni buat ajer la. Nah resepinye, takde BM pun boleh buat ikut step buat donat.
Bahan-Bahan:
- 300gm tepung high protein
- 6 gm yeast mauripan
- 2 sudu besar majerin
- 1 sudu besar baking powder
- 1 biji telur
- 3 sudu besar gula
- 1 sudu kecik bread improver
- 80 ml santan kotak
- 80ml air sejuk dari petiais atau dari penapis air
- 1 sudu kecik garam
- pandan elmaco
- pewarna hijau appel
Cara Membuat:
1. Guna Breadmaker; Masuk semua bahan cecair dalam BM, saya guna Philux. Lepas tu baru masuk bahan kering, uli 30 minit guna mode 11. Lepas habis tu, keluarkan doh dan canaikan serta letak kelaphttps://resepibonda.my/resepi-bingka-nyor-guna-kelapa-parut/a kering dan gula melaka.
2. Gulung doh dan masukkan semula ke dalam BM, biarkan selama sejam. Lepas tu, ambik mode bake dan bakar selama 30 minit. Dah siap!.
3. Kalau buat guna cara manual; Campurkan majerin dalam tepung dan ramas jadi macam serbuk roti. Masukkan gula, garam, baking poweder, bread improver, masukan yis, air, santan, telur, pewarna dan perasa pandan.
4. Kemudian, uli sehingga doh tak melekat di tangan. Rehatkan doh selama satu jam, seterusnya canaikan, tabur gula dan kelapa. Bila dah siap, masukkan doh ke dalam acuan roti dan boleh ler bakar dalam oven.
Lebih Mudah Guna Bread Maker Macam Ni >>https://shope.ee/5KkQ6wtA98
Resepi Oleh: Puan Eha