
Resepi Kek Lapis Asam Manis Kukus
Bahan-Bahan:
5 biji telur (sejuk dari peti)
1 1/4cawan gula halus
2 cawan tepung gandum diayak bersama baking powder
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar ovelate
150ml susu cair
100ml minyak masak
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna ikut suka
asam [email protected] secukupnya
Cara Membuat:
1. Putar gula, telur hingga kembang setelah kembang masukkan ovelate dan pukul lagi hingga betul betul kembang gebu.
2. Masukkan minyak, slowkan mixer, putar hingga sebati. Masukkan tepung + baking powder berselang seli dengan susu.
3. Masukkan esen vanila, mix sekejap hingga sebati matikan mixer. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 warna.
4. Loyang disapu minyak, letak adunan hijau dahulu, ratakan permukaannya dan susun asam manis di atas layer tersebut.
5. Kukus selama 10 minit (Kukusan perlu dipanaskan dulu). Buat pula layer kuning, ratakan dan susun asam manis dan kukus lagi 10 minit.
6. Ulang-ulang lapisan hingga adunan habis. Untuk lapisan terakhir kukus 20 minit untuk kek masak keseluruhan.
7. Setelah masak angkat dan sejukkan baru potong. Resepi ni versi pakai tepung gandum eh, bukan guna tepung biskut marie.
Penafian: Resepi dan gambar adalah hak milik Raja Amanina yang dikongsikan dalam Group Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Anda boleh lawati laman Facebook beliau, Raja Amanina.